Pengumuman

Informasi Terkini

Pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Persatuan Sejarah Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan, ibu pejabat Persatuan Sejarah Malaysia (PSM), PSM Cawangan dan PSM Kawasan perlu mematuhi garis panduan di bawah PKP 3.0 ini dalam pelaksanaan semua aktiviti. Secara umumnya pertemuan secara bersemuka/fizikal perlu dielakkan. Sehubungan itu program seperti seminar dan mesyuarat boleh diadakan secara dalam talian (online). Ini termasuklah Mesyuarat Agung Tahunan.

Mesyuarat Agung Tahunan

Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan secara dalam talian (online) mesti mematuhi semua peruntukan dalam Perlembagaan PSM. Pada masa sama mesyuarat ini perlu merujuk Garis Panduan Pelaksanaan Mesyuarat Agung Pertubuhan Berdaftar Secara Dalam Talian (Online) yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Sila rujuk panduan berikut : Sila Klik

Permohonan Keahlian

Permohonan Keahlian hanya diterima secara dalam talian.

Perpustakaan Persatuan Sejarah Malaysia

Perpustakaan PSM tidak akan dibuka untuk rujukan.

Pembelian Penerbitan Persatuan Sejarah Malaysia

Pembelian penerbitan Persatuan Sejarah Malaysia hanya boleh dibuat secara dalam talian. Bahan berkaitan akan dipos kepada pembeli.

Perbincangan atau Rujukan

Ibu pejabat PSM tidak akan menerima kunjungan secara bersemuka/fizikal untuk perbincangan/rujukan. Ini boleh dilaksanakan melalui email atau telefon.

LogoPSM

Hubungi Kami

PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA
Aras 3, Anjung Wisma Sejarah,
230, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur, Malaysia.

03-2681 5388 / 2681 6388
03-2681 4388
psejmal@gmail.com
sej@psm.org.my

Waktu Operasi

Isnin - Khamis :
9:00 pagi - 1:00 petang
2:00 petang - 5:00 petang

Jumaat :
9:00 pagi - 12:30 tengahari,
2:30 petang - 5:00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum (Tutup)

Statistik Pelawat

0.png4.png1.png8.png4.png6.png8.png
Hari Ini242
Semalam306
Minggu Ini1893
Bulan Ini3823
Jumlah Keseluruhan418468
high school diploma
high school diploma

high school diploma

high school diploma
high school diploma
high school diploma