Wisma Sejarah

Perpustakaan Tan Sri Omar Mohd Hashim

LATAR BELAKANG

DSC 0466Perpustakaan Tan Sri Omar Mohd Hashim (PTSOMH) ialah sebuah perpustakaan penyelidikan yang dimiliki oleh Persatuan Sejarah Malaysia (PSM). Semasa berada di ibu   pejabat lama PSM di Jalan Hose, PTSOMH dikenali sebagai Pusat Sumber Persatuan. Koleksi        pertama perpustakaan terdiri daripada kira-kira 500 naskhah   buku, 300 naskhah pamphlet dan 30 judul jurnal dan majalah. Koleksi utama bagi  perpustakaan ini terdiri daripada bahan berkaitan sejarah.

Pada 2003, perpustakaan ini ditubuhkan secara rasmi apabila PSM berpindah ke Wisma Sejarah pada 1 Disember 2003. ia diberi nama perpustakaan Dato’ Omar Mohd Hashim sempena nama Pengerusi PSM pada masa itu. Perpustakaan ini  terletak pada aras mezzanin, bangunan  Wisma Sejarah, dengan keluasan ruang kira-kira 3000 kaki persegi. Selepas itu, pada tahun 2012,   nama perpustakaan ditukar menjadi Perpustakaan Tan Sri Omar Mohd Hashim sehingga kini.

Perkembangan perpustakaan di Wisma Sejarah adalah lebih memuaskan jika dibandingkan dengan pusat sumber terdahulu. PTSOMH kini mempunyai ruang yang lebih luas dan selesa dengan kemudahan pendingin udara, peralatan komputer, rak buku, kerusi dan meja serta sistem perpustakaan diselia oleh pustakawan.

DSC 0465 

VISI

Menjadikan Perpustakaan Tan Sri Omar Mohd Hashim sebagai perpustakaan rujukan sejarah terbaik di Malaysia.

 

MISI

  • Mengesan dan menyimpan bahan-bahan sejarah di Malaysia sebagai sumber rujukan.
  • Mendokumentasi dan memulihara bahan sejarah untuk tatapan dan penghayatan  generasi kini dan akan datang.
  • Merekodkan, mengkatalog dan mengkelaskan semua bahan perpustakaan yang diperolehi secara sistematik.

 

PERATURAN

  1. Pengguna perlu mendaftar sebagai ahli   Persatuan Sejarah Malaysia di aras 3  Wisma Sejarah   untuk menggunakan kemudahan di perpustakaan.
  2. Pengguna hendaklah menulis butiran diri didalam buku pelawat perpustakaan di kaunter.
  3. Semua bahan di perpustakaan hanya   untuk rujukan sahaja, tidak boleh dipinjam dan tidak boleh dibuat Salinan fotokopi.
  4. Ketika menjalankan penyelidikan, pengguna dikehendaki berpakaian sopan.
  5. Pengguna dilarang mengotor, mengonyak atau merosakkan bahan perpustakaan.
  6. Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman ketika berada di dalam  perpustakaan.

 

KOLEKSI

DSC 0464Koleksi bahan yang terdapat di PTSOMH diperolehi melalui terbitan persatuan, pembelian dan sumbangan daripada individu dan organisasi. Kebanyakkan bahan dalam PTSOMH adalah berkenaan sejarah Malaysia, Asia Tenggara dan lain-lain. Koleksi bahan rujukan di PTSOMH ini adalah:-

  1. Buku
    • Koleksi buku yang terdapat di PTSOMH terdiri dalam pelbagai   bidang seperti pendidikan, agama, politik, ekonomi, kesusasteraan, sains kemasyarakatan, dan kesenian. Kebanyakan   buku adalah berkenaan sejarah. Buku ini terdapat di rak terbuka.
  2. Koleksi peribadi
    • Terdapat koleksi peribadi yang     diperoleh hasil sumbangan terbesar dari empat tokoh yang ditempatkan didalam bilik khas yang memerlukan pengawasan   pustakawan jika ingin menggunakan koleksi tersebut. Antara tokoh yang memberi sumbangan adalah:-
      • Tan Sri Omar Mohd Hashim
      • Prof Emeritus Datuk Dr. Mohd Taib Osman
      • Tun Hamdan Sheikh Tahir
      • En. Abd Ghapa Harun
  3. Jurnal
    • Koleksi jurnal yang terdapat di Perpustakaan ialah:-
      • Jebat
      • Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS)
      • Jurnal Peradaban Melayu
      • Lain-lain
  4. Majalah
    • PTSOMH mempunyai koleksi majalah lama (Harmoni, Keluarga, Wanita, Perempuan dan lain-lain). Selain itu, terdapat juga majalah yang dilanggan dari luar negara. Antaranya:
      • History Today
      • All About History
      • Perpustakaan mempunyai koleksi majalah National Geographic dari  tahun 1980 sehingga 2014.
  5. Surat Khabar
    • PTSOMH mengumpul keratan akbar dari Utusan Melayu dan Berita Harian.
  6. Laporan Persatuan
    • Laporan tahunan persatuan dari 1982 hingga 2015.
  7. Koleksi Nadir
    • Koleksi nadir merupakan bahan yang amat sukar diperolehi ataupun sudah habis cetakan dan tidak lagi didapati dalam pasaran. Is disimpan didalam rak kaca perpustakaan.
  8. Peta
    • Koleksi peta yang ada dalam simpanan perpustakaan dikelaskan mengikut enam kategori iaitu:-
      • Malaysia
      • Asia
      • Eropah
      • Amerika
      • Antartika Afrika
      • Dunia
  9. Audio visual
    • Koleksi audio visual  merangkumi CD-ROM, Kaset dan Video Kaset. 
Perpustakaan

Perpustakaan

Waktu Perkhidmatan

Isnin hingga Khamis
(9.00 pagi - 1.00 petang)
(2.00 petang- 5.00 petang)

Jumaat
(9.00 pagi - 12.30 tengahari)
(2.30 petang - 5.00 petang)

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (Tutup)

LogoPSM

Hubungi Kami

PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA
Aras 3, Anjung Wisma Sejarah,
230, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur, Malaysia.

03-2681 5388 / 2681 6388
03-2681 4388
psejmal@gmail.com
sej@psm.org.my

Waktu Operasi

Isnin - Khamis :
9:00 pagi - 1:00 petang
2:00 petang - 5:00 petang

Jumaat :
9:00 pagi - 12:30 tengahari,
2:30 petang - 5:00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum (Tutup)

Statistik Pelawat

0.png0.png8.png3.png9.png9.png2.png
Hari Ini156
Semalam183
Minggu Ini339
Bulan Ini3861
Jumlah Keseluruhan83992
high school diploma
high school diploma

high school diploma

high school diploma
high school diploma
high school diploma