Persatuan Sejarah Malaysia

Persatuan Sejarah Malaysia

Aktiviti

JEJAK SEJARAH

Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) melalui Jawatankuasa Jejak Sejarah sentiasa membuat perancangan bagi PSM mengadakan program Jejak Sejarah di dalam dan luar negara, mengunjungi tempat-tempat bersejarah khususnya yang ada hubung kait dengan Malaysia, Agama Islam dan Dunia Melayu.

Melalui program yang diadakan ini dapat diwujudkan hubungan yang rapat dengan institusi dan pertubuhan-pertubuhan sejarah di luar negara khususnya negara-negara jiran di Asia Tenggara. Ini membolehkan pelbagai aktiviti diadakan seperti pertukaran maklumat, penerbitan, dan kerjasama penyelidikan serta penganjuran persidangan peringkat antarabangsa.

Program Jejak Sejarah mula diadakan pada 1-8 Mei 1990 apabila PSM mengadakan lawatan ke Acheh, Sumatera (Indonesia). Sehingga kini sebanyak 26 siri Program Jejak Sejarah sudah diadakan.
Lawatan Dalam Negeri
Lawatan Luar Negeri
Scroll to Top