Persatuan Sejarah Malaysia

Aktiviti

KONGRES/PERSIDANGAN/ SEMINAR/BENGKEL

Penglibatan PSM dalam Kongres/Persidangan/Seminar/Bengkel dilaksanakan sama ada melalui peranan PSM sebagai penganjur atau penganjur bersama dan juga melalui penyertaan PSM dalam program yang dianjurkan oleh pihak lain. Penganjuran bersama lazimnya dibuat dengan jabatan atau agensi kerajaan berkaitan seperti Perpustakaan Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia, dan Jabatan Sejarah Intitut Pengajian Tinggi Tempatan. Sehingga kini PSM telah menganjurkan tiga program besar peringkat Kebangsaan:
  1. Kongres Sejarah Malaysia I (1978),
  2. Kongres Sejarah Malaysia II (1996), dan
  3. Sidang Puncak Sejarah (2013).
Di peringkat antarabangsa PSM bekerjasama dangan pertubuhan seperti Masyarakat Sejarawan Indonesia dan Philippinnes Historical Society menganjurkan program untuk menggerakkan kesedaran sejarah dalam kalangan masyarakat di gugusan kepulauan Melayu. Seminar dan Bengkel dianjurkan dari semasa ke semasa oleh ibu pejabat PSM atau PSM Cawangan. Program seperti ini dibuka penyertaannya kepada orang awam atau pun melibatkan kumpulan khusus seperti guru sejarah, mahasiswa, dan pelajar.
Scroll to Top