


Latar Belakang
Sayembara ini bertujuan menggalakkan para penulis daripada pelbagai kaum bergiat dalam penulisan kreatif berbahasa Melayu sebagai memenuhi keperluan bahan bacaan bermutu untuk generasi muda.
Objektif
- Memperoleh novel sejarah Malaysia.
- Mempertajam kemahiran dan kreativiti dalam penghasilan novel sejarah.
- Menimbulkan minat pengkarya tempatan untuk menulis dan menerbitkan karya dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
- Menambahkan khazanah terbitan DBP dan PSM dalam bentuk novel sejarah untuk pembaca remaja.
Hadiah
- Pertama – RM8,000.00
- Kedua – RM6,000.00
- Ketiga – RM4,000.00
- Sagu hati – RM2,000.00 × 5 orang (RM10,000.00)
