Persatuan Sejarah Malaysia

Persatuan Sejarah Malaysia

Daftar

Keahlian

Keahlian PSM

Semua warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang berminat dengan tujuan PSM layak menjadi ahli.

  • Ahli Biasa
  • Ahli Seumur Hidup
  • Ahli Penuntut
  • Ahli Institusi
  • Ahli Gabungan
  • Ahli Kehormat

Orang perseorangan yang berumur 18 tahun ke atas boleh menjadi Ahli Biasa atau Ahli Seumur Hidup. Ahli tersebut berhak mengambil bahagian dalam semua kegiatan PSM.

Pelajar sesebuah institusi pendidikan yang diakui, layak menjadi Ahli Penuntut. Seorang Ahli Penuntut berhak mendapat faedah Ahli Biasa tetapi tidak berhak memegang jawatan sebagai Ahli Majlis atau Jawatankuasa Eksekutif. Pelajar Universiti atau Kolej Universiti boleh menjadi ahli dengan kebenaran dari Naib Canselor universiti berkenaan.

Institusi yang diterima sebagai ahli oleh Jawatankuasa Eksekutif PSM layak menjadi Ahli Institusi yang berhak mengambil bahagian dalam semua kegiatan PSM. Untuk urusan pengundian, Ahli Institusi mempunyai hanya satu undi dan berhak memegang jawatan dalam Majlis dan/atau sesuatu jawatankuasa PSM.

Pertubuhan berdaftar lain yang berminat dan mempunyai tujuan yang hampir sama dengan PSM boleh memohon menjadi Ahli Gabungan. Setiap Ahli Gabungan mempunyai satu undi dan berhak memegang jawatan dalam Majlis dan/atau sesuatu jawatankuasa PSM.

Seseorang yang telah berjasa besar kepada PSM boleh dilantik menjadi Ahli Kehormat atas perakuan Jawatankuasa Eksekutif dan dipersetujui oleh Majlis. Individu tersebut perlu memberi persetujuannya secara bertulis. Ahli Kehormat dikecualikan daripada membayar yuran dan mempunyai hak sebagai Ahli Biasa tetapi tidak berhak mengundi atau memegang apa-apa jawatan PSM.
Senarai Ahli Seumur Hidup
Scroll to Top