Anugerah Felo
PSM boleh menganugerahkan gelaran "Fellow PSM" kepada seseorang sebagai tanda penghargaan, penghormatan dan kenangan kerana peranan, jasa serta sumbangan besar beliau kepada masyarakat dan negara dalam salah satu lapangan atau lebih daripada yang berikut:
- Kerana memaju dan mengembangkan sejarah tanah air, sejarah negeri atau sejarah tempatan melalui pengkajian, penyelidikan atau penemuan baru.
- Kerana kegiatan dalam gerakan untuk menarik, memupuk serta mengembangkan minat masyarakat terhadap sejarah tanah air, sejarah negeri atau sejarah tempatan.
- Kerana usaha mengumpul dan memulihara peninggalan dan bahan sejarah tanah air, negeri atau tempatan dengan memberi sumbangan besar kepada warisan sejarah Malaysia.
- Kerana membantu mendorong gerakan sejarah atau pengkajian mengenai sejarah dalam negara melalui galakan, usaha, pengaruh dan sebagainya.
Penganugerahan gelaran "Fellow PSM" akan dibuat atas perakuan Jawatankuasa Eksekutif PSM dan persetujuan Majlis PSM. Anugerah gelaran "Fellow PSM dalam satu-satu tahun tidak boleh melebihi tiga orang. Jumlah pemegang gelaran "Fellow PSM" hendaklah tidak melebihi lima puluh orang yang masih hidup. Seseorang yang bergelar "Fellow PSM" boleh menggunakan nama singkat "FPSM" pada namanya.


Penerima Anugerah Felo





















