WISMA SEJARAH
Sewaan Ruang Pejabat
SEWA RUANG PEJABAT
WISMA SEJARAH keseluruhannya mempunyai 60,228 kaki persegi (kp) ruang pejabat di mana 18,266kp di ANJUNG (Blok A) dan 41,962kp di MENARA (Blok B). 10,904kp di ANJUNG (Blok A) digunakan oleh PSM manakala baki 7,362kp lagi (rujuk carta di bawah) adalah untuk sewaan. Ketika ini, MENARA (Blok B) disewakan [rujuk carta di bawah] secara konsep, pecahan butiran setiap tingkat ialah seperti berikut:
- Aras 2 ialah lot-lot suite pejabat bersaiz dari 200kp sehingga 1,600kp dengan Empat [4] meter TNB/tingkat dan sistem hawa dingin kawalan individu setiap suku [1/4] ruang lantai.
- Aras 3 hingga Aras 7 boleh di sewakan kepada satu penyewa/tingkat atau dua penyewa/tingkat atau empat penyewa/tingkat (jika perlu) dengan Dua meter TNB/tingkat dan sistem hawa dingin kawalan individu setiap suku [1/4] ruang lantai.
- Aras 8 [Penthouse] boleh disewakan kepada Dua [2] Penyewa/Tingkat dengan sistem hawadingin kawalan individu setiap setiap suku [1/4] ruang lantai.
Kemudahan
Kemudahan-kemudahan di Wisma Sejarah termasuk :
- Sistem hawa dingin adalah dikawal secara individu oleh penyewa di setiap tingkat. Setiap suku (1/4) lantai disediakan dengan Sistem Kawalan Hawa Dingin Individu (Fan Coil / Condenser Unit) membolehkan sistem hawa dingin setiap lantai dikawal empat hala serentak mengikut keperluan penyewa di setiap suku lantai.
- Kawalan keselamatan 24 jam
- Ruang letak kereta berbumbung di aras Bawah tanah, Mezanin dan aras 1.
- Surau lelaki dan wanita di aras Mezanin.
- Pembersihan kawasan awam berkala.
- Pengumpulan dan pelupusan sampah berpusat.
- Sistem siaraya berpusat.
- Sistem pencegah kebakaran dengan talian terus kepada pihak Bomba.
- Sehingga 20 talian telekomunikasi / tingkat dengan kemudahan jalurlebar broadband tunggusedia (standby).
- Sambungan punca TV, Radio dan Astro tunggusedia (stand by) setiap tingkat.
- Dewan dan bilik seminar untuk disewa.
Pakej Sewaan
- KADAR SEWAAN
- Secara am, Kadar sewaan bulanan bermula dari RM2.30/kp, termasuk semua caj perkhidmatan untuk semua aras kecuali aras bawah (Ground floor) dan aras 8 [Penthouse].
- Aras 8 [Penthouse] ditawarkan pada kadar RM2.50/kp.
- Aras G (Ground Floor) ditawarkan pada kadar RM4.80/kp di ANJUNG dan RM4.50/kp di MENARA.
- TEMPOH SEWAAN
Tempoh sewaan adalah dua tahun dengan tambahan satu tahun opsyen, iaitu 2+1 Tahun. Tempoh sewaan yang lebih panjang boleh dirundingkan. - KAJIAN SEMULA KADAR SEWAAN
Kadar sewaan tahun-tahun lanjutan adalah tertakluk kepada kajian semula selepas tahun opsyen. - BAYARAN SEWA PENDAHULUAN (ADVANCE RENTAL) SEBAGAI WANG CENGKERAM (EARNEST MONEY)
Bayaran pendahuluan satu bulan sewa sebagai cengkeram penyewaan perlu dibuat semasa pengesahan menyewa premis. Wang Cengkeram ini akan dianggap sebagai bayaran sewa untuk bulan pertama [selepas apa-apa jangkamasa sewaan percuma, jika ditawarkan]. - DEPOSIT SEKURITI PREMIS
Bersama-sama sewa pendahuluan, penyewa juga perlu membayar pendahuluan tiga bulan sewa sebagai Deposit Sekuriti Premis sebelum dibenarkan mengguna premis sewaan dan sebelum menandatangani Perjanjian Sewaan Premis (Tenancy Agreement). - DEPOSIT BEKALAN ELEKTRIK DAN UTILITI
Bayaran pendahuluan satu bulan sewa juga perlu dibuat bersama bayaran-bayaran di atas sebagai Deposit Bekalan Elektrik dan Utiliti. Bekalan air adalah termasuk di dalam kadar sewaan. - PERJANJIAN SEWAAN PREMIS (TENANCY AGREEMENT)
Perjanjian sewaan akan disediakan oleh PSM. Duti setem dan kos berkaitan akan ditanggung oleh penyewa. Apa jua kos guaman adalah di bawah tanggungjawab masing-masing. - DEPOSIT PINDAAN PREMIS
Deposit tersebut adalah bergantung kepada skala cadangan pindaan penyewa tetapi penyewa perlu mendeposit kepada PSM tidak kurang dari RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) sebagai Deposit Pindaan Premis. Penyewa mesti mengemukakan pelan cadangan pindaan kepada PSM untuk kelulusan sebelum memulakan apa-apa pindaan. - KEGUNAAN PERMIS
Penyewa tidak boleh menggunakan premis selain daripada sebagai ruang pejabat. - PENYEWAAN SEMULA
Penyewaan semula premis adalah dilarang. - RUANG LETAK KERETA
Penyewa ditawarkan satu ruang letak kereta percuma bagi setiap 2,000kp ruang sewaan. Sebagai tambahan, penyewa juga ditawarkan satu ruang letak kereta khas bagi setiap 500kp ruang sewaan secara percuma untuk tahun pertama dan dengan kadar sewaan RM60.00/petak/bulan untuk tahun kedua dan RM100.00/petak/bulanuntuk tahun ketiga. Jumlah ruang letak kereta khas adalah termasuk ruang letak kereta percuma. Bermakna, bagi setiap 2,000kp ruang sewaan, penyewa ditawarkan satu ruang letak kereta percuma dan tiga ruang letak kereta khas. - SISTEM HAWA DINGIN DAN ELEKTRIK
Kadar sewaan adalah termasuk hak penggunaan sistem hawa dingin tetapi tidak termasuk kos penggunaan elektrik untuk mengendalikannya. Setiap Penyewa perlu membayar Bil Elektrik masing-masing berdasarkan Meter TNB yang dipasang untuk setiap ruang sewaan. Penggunaaan sistem hawa dingin melebihi 16 jam sehari selama 14 hari sebulan atau lebih akan dikenakan caj servis untuk kos penyelenggaraan tambahan sistem hawa dingin kurang dari RM250.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh) sebulan bagi setiap ruang sewaan. Penyewa dibenarkan memasang unit penghawa dingin tambahan jika perlu tetapi mesti mendapatkan kebenaran PSM sebelum membuat sebarang pemasangan. - PENYELENGGARAAN DAN PINDAAN
Penyelenggaraan untuk kawasan umum adalah tanggungjawab PSM. Apa juga kemudahan tambahan yang dipasang di dalam kawasan sewaan adalah tanggungan penyewa. Penyewa tidak dibenarkan membuat sambungan bekalan air dari kawasan umum masuk ke ruang sewaan. - IKLAN DAN PAPAN TANDA
Penyewa boleh memasang papan tanda dan mengiklankan premis sewaan masing-masing ditempat-tempat yang dibenarkan PSM sahaja. - TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT LAIN
Seperti di dalam Perjanjian Sewaan Premis (Tenancy Agreement).





