Persatuan Sejarah Malaysia

Persatuan Sejarah Malaysia

Pertandingan Sejarah

Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme

Kuiz Sejarah Malaysia bagi merebut Piala Kenangan Aminuddin Baki dianjurkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) dengan kerja sama Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 1978 Pada tahun 1980, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Menteri Pendidikan telah menyumbangkan piala ini sebagai kenangan kepada tokoh pendidikan, Aminuddin Baki. Penganjuran kuiz diadakan di setiap negeri bagi mencari wakil untuk ke peringkat akhir.

 

Pada tahun 1987 kuiz ini tidak lagi diadakan kerana kekurangan peruntukan dan penaja yang sanggup membiayai kos penganjuran. Bagaimanapun beberapa negeri masih meneruskan penganjuran kuiz di peringkat negeri masing-masing. Kali terakhir piala ini dipertandingkan ialah pada tahun 1995 yang dimenangi oleh SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam, Selangor. Sempena sambutan Jubli Emas PSM pada tahun 2003, PSM menganjurkan kuiz ini kembali dengan kerja sama Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertandingan yang dianjurkan itu dinamakan sebagai Kuiz Sejarah dan Patriotisme. Pertandingan ini berterusan sehingga tahun 2007, sebelum dianjurkan semula pada tahun 2013 sempena 60 tahun penubuhan PSM.

Pemenang Kuiz Sejarah Sekolah Malaysia

– Piala Kenangan Aminuddin Baki

2023
Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tiada Penganjuran – Pandemik Covid-19
Tiada Penganjuran – Pandemik Covid-19
Tiada Penganjuran – Pandemik Covid-19
Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
Sekolah Menengah Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Sekolah Menengah Kuen Cheng, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat, Seremban, N. Sembilan
Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat, Pontian, Johor
Sekolah Menengah Sains Selangor
Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang
Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai, Perak
Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor
Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz, Selangor
Sekolah Mengah Bantuan St. Anthony, Sarawak
Sekolah Menengah Iskandar Shah, Perak
Sekolah Menengah Bukit Jenun, Kedah
Sekolah Menengah Victoria, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Kerajaan Serian, Sarawak
Sekolah Menengah Batu Anam, Segamat, Johor
Sekolah Menengah Jerantut, Pahang
Edit Template
Scroll to Top