Persatuan Sejarah Malaysia

Persatuan Sejarah Malaysia

Soalan Lazim

Mengenai Keahlian PSM

Bagaimanakah cara untuk menjadi ahli PSM?

Pendaftaran ahli PSM boleh dibuat secara atas talian menerusi laman sesawang www.psm.org.my

Semua warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang berminat dengan tujuan PSM layak menjadi ahli.

Ahli PSM berpeluang menyertai aktiviti anjuran PSM dan mendapat jurnal terbitan PSM.

Ahli Penuntut  : RM10 setahun (Sila tambah RM 5 – yuran proses bagi pendaftaran kali pertama)

Ahli Biasa : RM 15 setahun  (Sila tambah RM 10 – yuran proses bagi pendaftaran kali pertama)

Ahli Institusi : RM 50 setahun (Sila tambah RM 10 – yuran proses bagi pendaftaran kali pertama)

Ahli Gabungan : RM100 setahun (Sila tambah RM 10 – yuran proses bagi pendaftaran kali pertama)

Ahli Seumur Hidup : 300 sekali bayar (Sila tambah RM 10 – yuran proses bagi pendaftaran kali pertama)

Ahli PSM yang gagal membayar yuran selama 3 tahun berturut-turut dengan sendiri gugur keahliannya. Ahli ini akan diterima kembali ke dalam PSM apabila semua yuran kebelakangan dibayar.

Edit Template

Mengenai Perpustakaan PSM

Perpustakaan PSM terbuka kepada semua ahli Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) sahaja.

Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menggunakan kemudahan perpustakaan PSM.

Koleksi di perpustakaan PSM hanya untuk rujukan di dalam perpustakaan dan tidak boleh dipinjam.

Perpustakaan PSM adalah perpustakaan khusus yang mempunyai bahan bacaan dan rujukan berkaitan sejarah.

Kemudahan yang disediakan adalah kemudahan rujukan dan internet.

ISNIN – JUMAAT    : 9.00 pagi – 5.00 petang

WAKTU REHAT

ISNIN – KHAMIS : 1.00 petang – 2.00 petang

JUMAAT : 12.30 tengahari – 2.30 petang

Edit Template

Mengenai Wisma Sejarah

Wisma Sejarah menawarkan  kemudahan dewan, bilik seminar dan ruang pejabat untuk sewaan dilengkapi dengan tempat letak kereta serta surau.

Tempahan dewan dan bilik seminar boleh dibuat melalui atas talian

di pautan : https://psm.org.my/wisma-sejarah/sewaan-dewan-bilik-seminar/borang-sewa-dewan-dan-bilik-seminar/

atau terus datang Ibu Pejabat PSM.

Tempat letak kereta di Wisma Sejarah mempunyai 140 petak.

Wisma Sejarah mempunyai kemudahan OKU seperti ruang parkir OKU, ruang laluan kerusi roda dan tandas khas OKU.

Terdapat pengangkutan awam untuk ke Wisma Sejarah seperti MRT, STAR LRT, Monorail dan Bas GoKL.

Edit Template
Scroll to Top