Pengenalan
Sekapur Sireh

Kata Aluan Pengerusi
Melalui laman web ini, setiap pengunjung boleh mendapatkan pelbagai maklumat tentang PSM. Antaranya berkaitan latar belakang PSM, keahlian, perlembagaan, koleksi perpustakaan, penerbitan, borang keahlian dan aktiviti semasa. Pengurusan, program dan aktiviti PSM dapat diuruskan dengan lebih cekap lagi dengan kemudahan memuat naik dan memuat turun bahan berkaitan.
Adalah diharapkan laman web ini akan mendapat ramai pengunjung, dan pada masa yang sama laman web ini juga perlu sentiasa dikemas kini. Saya percaya kemudahan teknologi seperti ini akan dapat memberi banyak manfaat terutamanya dalam memastikan PSM bergerak aktif memenuhi tujuan penubuhannya.
Sekian.
DATO’ HJ. JUMAAT DATO’ HJ. MOHD NOOR, FPSM
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif
Persatuan Sejarah Malaysia
1 Januari 2016