Aktiviti
SEMBANG-SEMBANG SEJARAH
Program ‘Sembang-Sembang Sejarah’ adalah aktiviti yang dianjurkan secara kerap oleh ibu pejabat PSM dan mendapat sambutan baik daripada penggiat dan pencinta sejarah.
Program ini menjemput seorang tokoh atau individu daripada pelbagai bidang untuk bercerita dan berkongsi pengalamannya sepanjang kerjaya atau ketika penglibatannya dalam satu episod sejarah yang penting. Sessi ini dibuat secara santai bagi memudahkan interaksi.
Penyertaan bagi program ini secara percuma.
Antara tokoh dan individu yang pernah dijemput PSM untuk program ‘‘Sembang-Sembang Sejarah’ – Tun Mohd Haniff Omar (mantan Ketua Polis Negara), Tan Sri Dol Ramli (mantan Ketua Pengarah Penyiaran, Dato Seri Yuen Yuet Leng (mantan Ketua Polis Perak), Dato Wan Ismail Wan Mahmood (mantan pegawai Majlis Keselamatan Negara), Encik Abdul Hassan Mutalib (pakar filem dan animasi), Tan Sri Hashim Aman (Mantan Ketua Setiausaha Negara), Prof. Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz (Felo Utama, Institut Kefahaman Islam Malaysia), Encik Jamil Ngah (mantan Pegawai Waran 1 yang pernah berkhidmat di Congo), Encik Siri Neng Buah (tokoh budaya).