Persatuan Sejarah Malaysia

Pertandingan Sejarah

Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia

Pertandingan ini mula dijalankan sejak tahun 70-an lagi sebagai salah satu aktiviti Persatuan Sejarah Malaysia. Ia pernah menjadi sebahagian aktiviti Kementerian Pelajaran khususnya Bahagian Sekolah yang menjadi urus setianya dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia. Walaupun demikian pertandingan ini ada masanya terhenti disebabkan ketiadaan sumber kewangan.

Pada awal 1990-an Persatuan Sejarah Malaysia diberi peruntukan khusus oleh Jabatan Perdana Menteri hinggalah sekarang. Sejak itu pertandingan ini dapat dijalankan setiap tahun. Dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, PSM menguruskan pertandingan ini dengan menghantar terus brosur pertandingan ke sekolah, menerima hasil karya dan menguruskan pemeriksaan serta menyediakan laporan berkaitan pertandingan ini. Brosur pertandingan akan diedar pada awal bulan April. Dengan kerjasama Jabatan Pelajaran dan pihak sekolah pemenang dari seluruh negara dijemput hadir menerima hadiah yang disampaikan dalam Majlis Perasmian Mesyarat Tahunan Persatuan Sejarah Malaysia.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEJARAH MALAYSIA 2025

KATEGORI MENENGAH RENDAH

TEMPAT PERTAMA

Tajuk :
Jejak Raja Teromba : Usaha Allahyarham Dato’ Paduka Profesor Madya Dr. Mohd
Rosli Bin Saludin Dalam Memartabatkan Adat Perpatih Melalui Teromba. (21/SMR)

Penulis :
Iqbal Rasyad Bin Ismaazir
Muhammad Imran Hafiy Bin Shaharuddin
Muhammad Aidil Zaquan Bin Mohamed Qadri

Sekolah :
SM Agama Sains Kuala Pilah, 73100 Johol, Negeri Sembilan

TEMPAT KEDUA

Tajuk :
Impak Penubuhan UITM Jengka Terhadap Transformasi Sosioekonomi Komuniti
Sekitar. (18/SMR)

Penulis :
Nur Alya Qistina Binti Mohd Puat
Nur Amanina Safiyah Binti Kamarzzam
Nur Dinie Batrisyia Binti Mohd Asri

Sekolah :
SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Km 4, Jalan Jerantut-Temerloh,
27000 Jerantut, Pahang

TEMPAT KETIGA

Tajuk :
Ops Daulat: Transformasi Lahad Datu. (16/SMR)

Penulis :
Muhammad Iman Mustaqim Bin Sukiman
Aina Sakinah Binti Sudirman
Nurul Iman Binti Abdullah

Sekolah :
SMK Agaseh, Peti Surat 60254, 91112 Lahad Datu, Sabah

KATEGORI MENENGAH ATAS

TEMPAT PERTAMA

Tajuk :
Pembentukan Institusi Yang Di-Pertuan Agung : Mahkota Pentadbiran Awam Negara (27/SMA)

Penulis :
Muhammad Rayyan Nashr Bin Mohd. Rusydi Azfar
Aqil Irfan Bin Afisza Irfan
Afi Izham Bin Helmie Yazir

Sekolah :
SMK Putrajaya Presint 5(1), Jalan P5A/5, Presint 5, 62000 Putrajaya

TEMPAT KEDUA

Tajuk :
Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM): Pemacu Transformasi Sosioekonomi Negara dari Tahun 1970 hingga Tahun 1990.(03/SMA)

Penulis :
Muhammad Afiq Adhwa Bin Hussen
Alvin Seman Anak Giri
Haziq Syazwan Bin Syahrul Akma

Sekolah :
SMK St. Joseph, Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching, Sarawak

TEMPAT KETIGA

Tajuk :
Kampung Morten Sebagai Cerminan Kelestarian Identiti Budaya Melayu Dalam Arus Pemodenan. (28/SMA)

Penulis :
Nur’Ain Qasrina Binti Md Zuhol

Sekolah :
Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, 77000 Jasin, Melaka

KATEGORI TINGKATAN 6 / MATRIKULASI

TEMPAT PERTAMA

Tajuk :
“Pekan Kebun 500 Dalam Lintasan Sejarah : Kajian Evolusi Sosioekonomi Masyarakat Kepada Identiti Tempatan”. (13/T6)

Penulis :
Muhammad Nazin Afif Bin Muhammad Nasir

Sekolah :
KTE (Prauniversiti) Sultan Sallehhuddin, Jalan Hutan Kampung, 05350 Alor
Setar, Kedah

TEMPAT KEDUA

Tajuk :
Dari Pedalaman ke Parlimen : Naratif Politik dan Kepimpinan YB Senator Abun Sui Anyit Dalam Membawa Suara Masyarakat Belaga, Sarawak (2023-2025). (15/T6)

Penulis :
Athanasius Augustine

Sekolah :
Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Jalan Bunga Tanjung 2, Tanjong
Lobang, 98000 Miri, Sarawak

TEMPAT KETIGA

Tajuk :
Kebudayaan dan Kesenian Wayang Kulit Seri Asun Dalam Kalangan Masyarakat Melayu di Mukim Asun, Kedah dari Tahun 1966 hungga Tahun 2020. (12/T6)

Penulis :
Nuril Adleena Batrisyia Binti Azhar

Sekolah :
KTE (Prauniversiti) Sultan Sallehhuddin, Jalan Hutan Kampung, 05350 Alor
Setar, Kedah

Scroll to Top